Wednesday, 30 March 2016

Akak Risau

Akak makin risau.
Mostly lelaki 30an ni pemikiran macam belasan tahun.

Akak risau apa nasib wanita yang menjadi isteri mereka. Anak mereka..

Risaunya!

Monday, 28 March 2016

Lihat Diri Cermin Diri

Selalu je kita ni duk pandang silap orang, tapi silap sendiri kita pejam mata. Sudahlah tu..

Duk gebang marah si perempuan tak pakai tudung. Dikata murah maruah perempuan tersebut. Habis tu, anda? Selfie bersama awek tercinta sampai laga pipi, awek bertudung. Lagi murah maruahnya.

Yang tak bertudung tadi, dia mungkin bakal bertudung. Dia mungkin belum pernah disentuh.

Siapa layak dicemuh sekarang?

Tengok diri sendiri...

Kenapa Tak Suka Baca Caption?

Bila awak tak baca, awak tak tahu.
Bila awak tak tahu, awak keep asking soalan yang lapuk.

Awak tak baca caption satu hal.
Awak tak scroll bawah-bawah dua hal.

Bila awak tak buat dua hal yang sangat penting diatas ni semasa awak nak beli barang, awak rugi.
Akak lagi lambat balas text golongan ini.

Tolong pupuk rasa suka membaca dan rajin ni.