Wednesday, 2 December 2015

Jangan Buang Masa

Olla fellas..

Mungkin cara manusia alaf ni suka buang masa gamaknya. Kita marah if orang drag masa kita, tapi kita tak pernah nak jaga masa orang. Adil ka?

Ni dari aspek pembeli - peniaga. Awak nak beli, awak mesti la nak betul2 pasti pasal apa yang awak nak beli kan? Tapi ramai yang contact akak ni seolah-olah korang dapat no Whatsapp akak jatuh dari langit.

Kenapa akak cakap macam tu?

Sebab nak beli topeng tapi bila akak tanya soalan paling senang, "nak cutting mana?", satu cutting pun awak tak tahu.

SCROLL LAH FELLAS..

Kenapa akak suruh awak scroll?

- Awak tahu cutting.
- Awak tahu design macam mana akak pernah buat.
- Awak tahu warna apa akak dah pernah jual
- Awak boleh tengok macam mana #pretouchfellas yang dah pernah beli cutting awak nak tu pakai topeng tu.

Bila akak kata warna topeng boleh pilih. Maksudnya awak inform jelah warna apa awak nak. Tak perlu query ye ke akak boleh buat. Sebab akak akan cuba buat. Ada tu sampai tanya akak buat macam mana. Part tu kerja akak, biar akak fikir tau.

Design lace tak boleh pilih, WHY? Sebab akak tak nak buat janji palsu yang akak boleh dapatkan design lace yang sejibik sama macam awak nak. Dibuatnya pekedai tak restock? So play safe la dear.

Bila korang dah tahu -

Cutting :
Warna topeng :
Warna lace:

Or

Cutting:
Warna topeng :
Design :

Awak boleh direct bagi dekat akak order dan akak boleh terus bagi no akaun dekat awak. Jimat masa kan?

No comments:

Post a Comment