Wednesday, 2 December 2015

Jangan Buang Masa

Olla fellas..

Mungkin cara manusia alaf ni suka buang masa gamaknya. Kita marah if orang drag masa kita, tapi kita tak pernah nak jaga masa orang. Adil ka?

Ni dari aspek pembeli - peniaga. Awak nak beli, awak mesti la nak betul2 pasti pasal apa yang awak nak beli kan? Tapi ramai yang contact akak ni seolah-olah korang dapat no Whatsapp akak jatuh dari langit.

Kenapa akak cakap macam tu?

Sebab nak beli topeng tapi bila akak tanya soalan paling senang, "nak cutting mana?", satu cutting pun awak tak tahu.

SCROLL LAH FELLAS..

Kenapa akak suruh awak scroll?

- Awak tahu cutting.
- Awak tahu design macam mana akak pernah buat.
- Awak tahu warna apa akak dah pernah jual
- Awak boleh tengok macam mana #pretouchfellas yang dah pernah beli cutting awak nak tu pakai topeng tu.

Bila akak kata warna topeng boleh pilih. Maksudnya awak inform jelah warna apa awak nak. Tak perlu query ye ke akak boleh buat. Sebab akak akan cuba buat. Ada tu sampai tanya akak buat macam mana. Part tu kerja akak, biar akak fikir tau.

Design lace tak boleh pilih, WHY? Sebab akak tak nak buat janji palsu yang akak boleh dapatkan design lace yang sejibik sama macam awak nak. Dibuatnya pekedai tak restock? So play safe la dear.

Bila korang dah tahu -

Cutting :
Warna topeng :
Warna lace:

Or

Cutting:
Warna topeng :
Design :

Awak boleh direct bagi dekat akak order dan akak boleh terus bagi no akaun dekat awak. Jimat masa kan?

Sunday, 6 September 2015

Jangan Gelabah

"Kami berdaftar ye....",

Alhamdulillah atas rezeki kurniaanNya keatas kami. Rezeki dari order masquerade tak putus-putus since musim dinner ni.

Tapi dalam suka tu terselit juga pahit sikit lah. Nak bagi balance mungkin.

Seller selalunya bukan goyang kaki layan hp 24/7 . Jadi kemungkinan untuk seller balas pesanan buyer adalah tinggi. Jadi jangan cepat melenting bila pesanan anda lambat dibalas.

Sebelum beli, make sure awak ada tahap keyakinan yang tinggi dengan seller tu. Kami faham ramai scammer di luar sana tapi tak adil jika semua seller dipandang as scammer disebabkan oleh segelintir pihak yang kurang cerdik kat luar sana.

Minta no SSM. Tak ada masalah jika awak nak semak tentang company. Tapi jangan pula salah guna info.

Kami tak akan tipu, kalau kami tipu.. kami dapat rezeki tak berkat. Kami tak akan kaya pun dengan rezeki tak berkat :)

Kbai

Wednesday, 12 August 2015

Entry Serius

Olla fellas..

Kalau tanya akhak apa benda/perkara yang akhak paling tak suka. Simple... akhak paling tak suka tengok atau dengar orang tua gaduh. 

Hati akhak jadi sedih, lagi-lagi kalau yang bergaduh tua suami isteri. 

Dah lah...jangan gaduh lagi :') 

Monday, 3 August 2015

Akhak Rasa Awak "B"

Olla fellas...

Memandangkan kita masih berada di bulan Syawal, kata orang bulan nak bermaafan la kan tapi akhak rasa akhak takuadd la hadek nak bermaafan semedang.

.

.

Akhak rasa panas je ni. Dah la memang cuaca panas terik jugak ni. Tapi sebab keadaan Malaysia yang MASIH AMAN maka akhak chill la sikit.

.

.

Akhak tahu yang korang pun tahu bahawa di Malaysia sekarang ni banyak golongan "B" . Dari pihak atasan , tengah-tengah mahupun bawahan. Tapi akhak macam tak sangka golongan "B" ini juga menular dalam diri kawan akhak.

.

.

Reka cerita. Acah-acah bagus, Suka nak tengok kawan baik bertelagah.

.

.

Maaflah. Anda tak layak dipanggil kawan. Mungkin anda perlu akhak masukkan dalam list orang luar. Kawan tak buat macam tu tau.

.

.

Ok akhak nak pergi cari air kejap, petang-petang ni minum HoneyDew Ice Blended pun hokey jugak ni. Akhak pergi dulu tau. #kbai

.

.

Btw, "B" tu akhak refer kepada BONGOK.
Sekian.


#akhakpanas #akhaktaksukakawanmacamni #aduhaduh #takadapuntakapa


Sunday, 2 August 2015

Sebut Leklok Hadek!

Haa jangan kamu nak membongak kata akhak buat blog sebab kamu ye hadek...

Eh ok,masuk-masuk terus nak sergah ni. Haipp! Mama tak ajar macam tu...no..no.

Salam fellas! (gitew)

Ni post pertama, izinkan akhak ajar korang sebutan yang betul untuk...


Cū̂cī̂ (จู้จี้)
Jangan pula korang ingat nama akhak ni Cuci.. dan jangan pula korang fikir akak suka mencuci.

*yawn*

Bukak Google Translate. Tulis "membebel" translate ke bahasa Thailand. So gitu korang kena sebut. Lembut je tau!

Jadi blog akhak kali ni akhak nak membebel aje. Bagi kena la sikit dengan nama blog tu kan.

"Kenapa dalam banyak-banyak bahasa, bahasa Thailand jugak la akhak pilih?"...

Jawapan akhak: Sebab ramai yang kata akhak gebu gebas macam orang Siam =P

Ok dah ngantuk, esok lusa akhak buat upacara "belah mulut" hokey..

Tata~~

#akhakmembebel #timefreeaje #akhakbebelkorangjanganpanas #jangankataakhaktakpayunglawakye